MENIUP BARA PENULIS MUDA (UTUSAN)
Saya selalu teringat kata Sasterawan Negera, A Samad Said: "Tiap dekad akan ada baranya." Kata-kata ini merujuk kepada kemunculan barisan penulis yang mewakili dekad masing-masing, dan selalunya bahang bara bagi tiap dekad yang muncul itu, lebih diwarnai oleh angkatan mudanya.
Saya sempat melalui dekad 90-an, menjadi orang baru dalam dunia sastera; gesir menulis cerpen atau ghairah berpuisi - di tengah-tengah arus identiti penulisan sangat dibentuk oleh evolusi gaya, kecambahan idea serta limpahan pelbagai kegilaan penulis muda yang menghasilkan karya yang mampu menyumbang kepada bentuk baru penulisan.
Dalam pada itu, saya menoleh juga ke dekad sebelumnya - melihat warna 80-an yang dipenuhi dengan barisan rakan-rakan senior yang mewarnai dekad eksperimental yang penuh dengan suara ala The Angry Young Man itu.
Selain keterampilan dalam menghasilkan karya; penulis muda sejak 80-an sangat galak untuk tampil ke hadapan; selalu di pentas-pentas puisi, namun yang lebih berani akan aktif muncul di pentas-pentas yang membabitkan usaha pembentangan bahan fikir.
Pada dekad 80-an, penulis muda yang berminat pada sesi ilmu; sama ada untuk mencari ruang dan peluang membentangkan bahan fikir atau bahan kreatif mereka dalam persekitaran wacana ilmu dan debat - sudah pastilah akan sentiasa berkunjung ke ruang Sudut Penulis, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Di situ, satu-satunya ruang eksklusif untuk penulis muda - dan khusus untuk sesi pembentangan berdasarkan perspektif ilmu. Selalunya, majlis lebih cenderung untuk membedah atau memperkatakan mengenai karya sastera penulis muda - satu usaha untuk mencari ruang membicarakan hasil karya penulis muda secara komprehensif dengan pembentangan yang dicanai oleh penulis dan pengkritik sastera sendiri.
Saya lebih faham karya-karya Zaen Kasturi, Marsli N.O, Daeng Ramliakil dan Moectar Awang apabila minda saya dibuka oleh para ilmuan yang mengupas dan memperkatakan mengenai isi fikir yang terdapat dalam karya-karya penulis ini.
Sudut Penulis DBP akan selalu ada dalam fikiran saya; betapa sebagai penulis muda, saya banyak dicerdikkan oleh pengalaman menghadiri sesi-sesi diskusi begini; mendengar penuh takzim pembentangan para ilmuan yang menjadi panel, serta mendengar pula hujah peribadi dari penulis yang diperkatakan karyanya.
Sudut Penulis menjadi ruang yang penuh dengan kerahmatan ilmu, limpahan bahan fikir serta pandangan yang memperkayakan minda kita untuk memahami karya sastera dengan budaya dan lingkungan ilmunya.
Jadi, di situlah bertembungnya 'nilai seni yang diperjuangkan penulis dengan nilai ilmu yang menjadi perspektif ukuran pengkritik'. Selalu tiada pemenang - dan bukan pemenang pun yang dicari. Namun saya rasa, yang menang adalah mereka yang hadir, terutama penulis-penulis muda yang dahagakan ilmu dan pengalaman berinteraksi.
keghairahan
Dekad 90-an meneruskan keghairahan budaya ilmu itu sejak kejayaan Perhimpunan Penulis Muda 1987 di Padang Merbuk, sesi memperkata dan mengetengahkan budaya ilmu di kalangan penulis muda menjadi semakin meluas. Ia bukan lagi sesi-sesi kecil dan terpinggir, tetapi diangkat ke kelas yang lebih tinggi dan terhormat.
Apa pun yang saya ingin perkatakan ialah konsistensi (istiqamah) dalam membudayakan ilmu melalui sesi interaksi yang pelbagai ini. Ia bukan tentang saiz atau skala, tentang jumlah dana atau di ruang mana sesi ilmu ini diadakan.
Konsistensi sangat penting; kerana ia menjadi budaya mengembangkan ilmu dan mempertahankan budaya ilmu dilakukan secara istiqamah. Jadi yang iqtiqamah inilah yang ingin saya perkatakan.
Istiqamah pada masa ini ialah Dialog Orang Muda (DOM) di Rumah Pena; sesi bulanan yang diadakan pada setiap Sabtu minggu kedua, di Rumah Pena Kuala Lumpur. Kita akan merasa terharu - melihat budaya ilmu dan usaha untuk memperkayakan bahan berfikir terus ada, meskipun dalam saiz yang kecil. Cuma seperti yang saya katakan - saiz bukan ukuran utama, yang penting bahan atau ilmu yang dimakmurkan oleh majlis-majlis seperti ini.
DOM punya identiti sendiri; fokus isunya meluas, tetapi masih merangkumi isu-isu di sekitar lingkungan sastera dan bahasa. Isu-isunya selain mencari cernaan minda, turut berbaur dengan elemen kontroversi dan sensasi semasa - saya gambaran khas, mengenai kecenderungan penulis muda sekarang untuk mengadunkan budaya ilmu dan mengangkat kepekaan semasa secara popular.
Apa pun, yang pasti dan lebih penting - DOM memberi kupasan ilmu dan bahan fikir menyentuh pelbagai isu semasa yang mempunyai kepentingan langsung dan relatif dengan agenda sastera dan bahasa. Maka tidak hairanlah, dari isu Dasar Budaya Kebangsaan sampai ke isu Alaf Baru: Zaman Gerhana Seni, melangkau pula ke isu Seni Sastera dan Ruang Politik Massa, menerjah soal Sastera Islami: Antara Dakwah dan Komersial, tanpa silu pula mencabar diskusi terbuka mengenai Dilema Pendidikan Tinggi Negara sampai ke isu utama membabitkan Bahasa Melayu.
Sesi DOM kecil sahaja, sekitar 20 ke 30 tetamu dengan tiga panel dan moderator yang membuka ruang lingkup perbahasan yang meluas; antara panel dengan panel dan moderator serta tetamu. Tiap minggu yang sama juga, pada Sabtu minggu kedua setiap bulan, DOM di Rumah Pena yang bermula pada 10 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari, akan disusuli pula dengan satu lagi majlis ilmu, namun lebih kasual.
Dari Rumah Pena yang lebih ilmiah forumnya, penulis muda akan bergerak pula ke KL Sentral; kali ini ke sesi Borak Buku di Coffee Bean.
Satu lagi majlis yang dianjurkan oleh penulis muda; masih berantaian dengan Pena tetapi dilaksanakan pula oleh Kelab Alumni MPR.
Luar biasa - pada zaman saya, jenama-jenama besar seperti KFC, McD, Coffee Bean, Starbucks dan apa saja jenama gaya hidup yang baharu ini, jarang didekati. Malah dipisahkan jauh dari aktiviti sastera. Pemikiran dan semangat yang terlalu merakyat barangkali, menjadikan jenama-jenama establish ini jarang disahabati, malah dicemburui.
strategi
Tetapi penulis muda hari ini - lebih berani mahu menjadikan sastera itu gaya hidup berantai; yang dekat pada apa saja yang yang sudah dekat dengan anak muda. Dari segi strategi penjenamaan, ia benar sekali. Gandingan jenama yang bersepadu untuk membentuk sinergi yang lebih agresif.
Jadi program Borak Buku, forum tempat tetamu khas tampil memperkatakan mengenai buku yang paling mempengaruhi kehidupan mereka. Dari ahli politik, sampai pentadbir awam, hingga ke wajah ilmuan kampus, dan sampai pula kepada peneraju korporat -Borak Buku sangat berkesan, menjadikan lingkungan hidup penulis muda sekarang lebih terbuka ruang fikirnya.
Peluang berinteraksi dengan pelbagai latar tamu utama, menjadikan ruang interaksi penulis muda dengan jaringan kepelbagaian bidang semakin terbuka; apatah lagi berlandaskan minat yang sama: minat terhadap buku dan ilmu.
Sebagai orang yang pernah menikmati begitu banyak kemakmuran ilmu dari majlis-majlis begini, saya sentiasa mencari keluangan waktu untuk hadir - kerana ilmu begini besar nilainya, terutama ketika majlis ilmu yang istiqamah ini, semakin tiada dan hampir pupus di dunia sastera dan bahasa kita.

HANG TUAH VS HANG JEBAT(BERITA HARIAN)
Tek sastera Melayu klasik di mata Raja Dr Nazrin
KETIKA sastera dipinggirkan sebahagian besar masyarakat hari ini termasuk sistem pendidikan negara, peristiwa dalam Hikayat Hang Tuah dan Sulalat al-Salatin menjadi pilihan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, pada syarahan perdananya di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Institut Strategi dan Pertahanan Malaysia.Raja Dr Nazrin memetik episod dua pahlawan Melayu pada era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, iaitu kesetiaan Hang Tuah dan penderhakaan Hang Jebat, bagi menghuraikan hubungan semasa antara tentera dengan orang awam untuk dijadikan iktibar.“Kisah Hang Tuah adalah roman sastera bangsa yang lengkap dengan sistem pemerintahan beraja, peranan orang awam dan tentera, di samping dinamika hubungan antara tiga institusi itu ketika negara dilanda krisis. Pelbagai peristiwa berkaitan kerajaan, tentera dan awam terakam di dalamnya serta boleh dijadikan rujukan, panduan dan pedoman.
‘Peranan, fungsi, tanggungjawab, kesetiaan, konflik, harmoni, pergeseran, perselisihan dan matlamatnya tetap sama, baik dalam bentuk teks mahupun pementasan teater iaitu kesetiaan biar bertempat, ketaatan biar berwaktu. Kata orang tua-tua, “buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”.
“Kesetiaan Hang Tuah kepada Raja tiada bandingannya hingga sanggup menusuk keris ke dada seorang sahabat. Ia dilakukan atas prinsip mempertahankan kerajaan baginda kerana Hang Tuah berpegang pada pendirian bahawa tanpa kerajaan tidak akan wujud sebuah negara, tanpa negara apalah ertinya suatu bangsa,” titah baginda pada majlis di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Baginda bertitah, apa pun polemik berkaitan peristiwa itu, Hang Tuah boleh dirumuskan berada di pihak yang mahu mempertahankan carta hubungan rakyat dengan raja yang tidak boleh dibenarkan menderhaka hingga meleburkan negara bangsa.
Sungguhpun demikian, Raja Dr Nazrin mengkritik tindakan Hang Tuah menggunakan tipu muslihat, menggoda, memperdaya dan mengikat tali cinta palsu dengan Puteri Bendahara Pahang, Tun Teja iaitu tunangan Megat Panji Alam Terengganu, untuk dilarikan bagi dipersembahkan kepada Raja Melaka.
“Tindakan itu adalah paparan kesetiaan tidak bertempat dan ‘pengorbanan harta ataupun nyawa’ yang dilakukan, amat bercanggah lagi bertentangan dengan nilai moral mahupun etika atau lebih tepat dikatakan perbuatan yang menghalalkan cara untuk mencapai matlamat,” titah baginda.
Episod Raja Melaka menitahkan Hang Tuah dihukum bunuh ditafsir baginda sebagai berlaku dua penderhakaan terhadap raja melalui dua kaedah berlainan iaitu secara halus dan biadab.
“Penderhakaan pertama adalah ketidakpatuhan Bendahara menyanggah titah raja kerana Hang Tuah tidak dibunuh, tetapi disembunyikan di Hulu Melaka. Penderhakaan kedua dilakukan oleh Hang Jebat kerana membantah ketidakadilan raja,” titahnya.
Bagi baginda pengajaran yang boleh diambil di sebalik episod terbabit ialah Raja Melaka sebagai pemerintah tertinggi disalah nasihat dan tanpa menghalusi kesahihan berita, mengakibatkannya membuat keputusan yang salah, manakala dalam episod terbabit Bendahara Melaka melambangkan pimpinan awam yang memiliki hikmah dan kematangan.
“Tindakan Bendahara rasional dan bijaksana iaitu menggunakan muslihat demi memastikan Melaka kekal harmoni, keadilan dipertahankan dan meskipun Bendahara menyanggah titah raja dan ada derhaka, tetapi ia dilakukan berlandaskan undang-undang dan kontrak sosial.
“Ia berpandukan perjanjian yang sudah dimeterai di Bukit Seguntang Mahameru, di antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun, “bahawa raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah”. Penderhakaan Bendahara dalam landas adab dan adat bangsa Melayu iaitu tidak akan mengaibkan nama baik takhta secara terbuka,” titahnya.
Hang Tuah dan Hang Jebat turut dilihat sebagai mewakili pegawai tertinggi tentera, tetapi dalam masa sama mewakili orang awam juga, manakala puncak kesetiaan dimanifestasikan Hang Tuah bermula dari kerelaan dilucutkan gelaran serta menerima hukuman bunuh, bersedia kembali menjunjung titah, lalu dengan cekal membunuh Hang Jebat.
“Hang Tuah seorang yang rasional kerana mematuhi nasihat Bendahara untuk bersembunyi di Hulu Melaka, manakala keinsanannya diperlihatkan pada saat Hang Jebat menghembus nafas terakhir dengan dipangku Hang Tuah serta berjanji akan memenuhi permintaan terakhir Hang Jebat.
“Dalam episod ini, yang dimatikan Hang Tuah ialah tindakan penderhakaan, namun Hang Jebat atas nama peribadi kekal dianggap sahabat sejati. Tindak-tanduk Hang Tuah mencerminkan prinsip menegakkan undang-undang dengan menentang penderhakaan.
“Ia turut memaparkan semangat kesetiaan mutlak seorang perwira yang tidak mempertikaikan apa juga perintah termasuk untuk dihukum bunuh dan untuk membunuh sahabat sendiri, di samping kemanusiaan serta persaudaraan apabila menangisi kematian Hang Jebat, selain janji untuk memelihara anak Hang Jebat yang bakal dilahirkan,” titah baginda.
Pada syarahan terbabit, Raja Dr Nazrin menafsir tindakan derhaka Hang Jebat tidak terbatas kepada Raja, tetapi mencecah peringkat merampas kuasa sehingga sultan terpaksa berundur dari istana dan dalam masa, perbuatan pahlawan Melayu itu tidak mendapat sokongan rakyat.
“Hang Jebat marah apabila perbuatannya tidak mendapat sokongan, lalu mengamuk sehingga banyak nyawa terkorban. Darah dan emosi seorang panglima, dengan kekuatan fizikal, kehebatan bermain senjata, di samping kelebihan memiliki senjata paling sakti, Taming Sari, mendorong Hang Jebat, bertindak mengikut nafsu, didorong emosi darah yang panas,” titahnya.

DEKLAMATOR JANJI PUISI (BERITA HARIAN)
BEBERAPA puisi istimewa akan dikongsi dengan khalayak Malam Puisi Riong Berita Harian (BH) - Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) - Istana Budaya (IB) - Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) yang akan berlangsung di Laman Sari IB, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, pada 3 Mei ini, jam 8.30 malam.
Presiden PENA, Dr Mohammad Saleeh Rahamad, akan mendeklamasikan puisinya, Bukit Siguntang: Sampai Juga Aku Di Sini yang dituliskan berdasarkan pengalamannya mendaki bukit yang terletak di Palembang, Indonesia dan turut disebut dalam teks karya agung Melayu, Sejarah Melayu dan Sulalat al-Salatin.“Saya mendapat ilham menulis puisi ini semasa lawatan ke Palembang bersama-sama penyair Nusantara beberapa bulan lalu. Puisi ini sarat dengan mesej tersirat dan hendaknya ia dapat digali khalayak yang hadir pada Malam Puisi Riong BH-ITNM-IB-PENA yang menampilkan tema Apresiasi Ilmu dan Kreativiti,” katanya kepada Sastera ketika dihubungi.Penyair yang juga wakil IB, Rahimidin Zahari, bercadang menyampaikan puisi, Aku Hanya Ingin Bertanya Tentang Apa Yang Inginku Tanya, karyanya yang ditulis khas bagi acara anjuran bersama BH dan ITNM dengan kerjasama PENA serta IB.
“Puisi ini ada kaitan dengan tema Apresiasi Ilmu dan Kreativiti seperti ditetapkan penganjur. Saya mengambil keputusan untuk menghasilkan puisi baru untuk program ini kerana puisi saya yang ditulis sebelum ini agak berat. Saya berharap mesej yang ingin saya sampaikan ini dalam puisi ini dapat dicerna khalayak malam terbabit,” katanya.
Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA) 2004, Dr Zurinah Hassan, pula cuba menggegarkan Malam Puisi Riong BH-ITNM-IB-PENA melalui puisi Pantun Gunung Ledang yang yang ditulis dalam bentuk pantun tetapi akan dilagukan dalam rentak syair.
“Puisi ini pernah diterbitkan dalam Kumpulan Antologi Salasilah pada 2004 yang mengumpulkan sebahagian besar puisi saya sepanjang pembabitan dalam dunia penulisan kreatif. Diharapkan puisi ini dapat membuka minda khalayak kerana ia memaparkan pelbagai kemungkinan jika masyarakat di negara ini berpecah,” katanya.
Syed Mohamad Zakir Syed Othman yang lebih dikenali dengan nama pena, SM Zakir dan baru dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Penulisan SEA 2011, berhasrat mendeklamasikan sebuah sajak yang belum diberi judul, juga dihasilkannya khas untuk Malam Puisi Riong BH-ITNM-IB-PENA.
“Saya mengambil keputusan untuk menghasilkan sebuah sajak khas untuk acara ini agar ia bertepatan dengan mesej yang ingin disampaikan dalam acara ini. Sajak itu berlegar kepada nilai kemanusiaan, tetapi saya masih belum dapat memberi judul yang menarik untuknya,” katanya.
Malam Puisi Riong BH-ITNM-IB-PENA yang dibuka percuma kepada orang ramai akan turut menampilkan Penerima Anugerah Penulisan SEA 2005, 2007 dan 2010, Abdul Ghafar Ibrahim (AGI), Rahman Shaari, dan Zaen Kasturi, di samping pakar geografi yang juga Pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Ramzah Dambul.
Dua pelajar asing Jurusan Pengajian Melayu, Cho Min Sung dari Korea dan Yukari Noguchi (Jepun) akan turut beraksi di pentas puisi di samping, Pengarah Urusan ITNM, Mohamad Khir Ngadiron dan Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian/Berita Minggu, Datuk Mior Kamarul Shahid.
Malam yang akan menampilkan personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya, sebagai pengacara akan turut dimeriahkan dengan persembahan Pemenang Lagu Nasyid Terbaik menerusi lagu Pedoman duet bersama kumpulan VOU pada Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM 18), Nora; Juara program realiti, Mentor Musim Ke-3, Black; penyanyi lagu puisi, Taheera Rosheena Mohamed dan Kumpulan Dewangga Sakti.

NEGARA PERLU PELAPIS SASTERAWAN NEGARA (UTUSAN)
NEGARA berkemungkinan besar berdepan kemelut kepupusan pelapis Sasterawan Negara (SN) berikutan keghairahan sebilangan pengarang khususnya kelompok muda bereksperimen dengan idea sehingga mengabaikan seni naratif.
Kebimbangan itu disuarakan Penerima Hadiah Sastera Kumpulan Utusan dan Pengurus Besar Penerbitan Kandungan TV Al-Hijrah, Zainal Rashid Ahmad pada Borak Buku Siri 10 yang menampilkan beliau sebagai panel.“Di Barat, Hadiah Nobel (Kesusasteraan) iaitu penghargaan tertinggi yang diberikan kepada pengarang dari negara yang berjaya menghasilkan karya sastera paling cemerlang, manakala Malaysia, Anugerah Sastera Negara paling berprestij bagi menghargai tokoh sasterawan.“Bukan mudah menghasilkan karya bermutu dan memberi kesan kepada pembaca. Tidak kira sama ada ia novel, puisi mahupun cerpen,” katanya pada program di Coffee Bean and Tea Leaf, Stesen Sentral Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Baginya dari segi konteks penghasilan novel, pelbagai aspek wajar dititikberatkan pengarang kerana perjalanan cerita yang panjang memerlukan setiap plot dipeta dengan sempurna sehingga membolehkan pembaca ‘berimaginasi’ bagi mendapatkan penghayatan.
Beliau yang memilih buku, Sumpah Tujuh Keturunan terjemahan Mokhtar Ahmad dan Zulkifli Ahmad (terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1991) daripada versi bahasa Inggeris, One Hundred Years of Solitude karya penulis tersohor Columbia, Gabriel Garcia Marquez.
“Saya sangat terkesan selepas membaca karya tersebut kali pertama pada 1993 kerana ‘keajaiban’ naratif pengarangnya sehingga novel realisme magis itu memberi pengaruh besar dalam sastera dunia,” katanya .
Zainal Rashid mengakui semua orang mempunyai idea, tetapi sebagai pengarang mereka perlu bijak ‘mencairkan’ idea dalam bentuk naratif yang baik agar dapat dicerap minda pembaca bagi memastikan ia dapat dinikmati.
“Karya Marquez ini hebat kerana keajaiban seni naratifnya sehingga segala peristiwa yang berlaku di Columbia sepanjang tujuh generasi keluarga Buendia memegang Macondo telah dipeta, dihurai dan digambarkan dengan sebaik-baiknya.
“Pembaca mampu membayangkan situasi yang diceritakan dalam imaginasi pengarang dan tidak hairanlah Marquez menerima Hadiah Nobel (Kesusasteraan) 1982 keranas keajaiban seni naratif yang terkandung dalam novel itu,” katanya.
Dalam perbincangan ilmiah tapi santai itu, Zainal Rashid yang meluahkan kebimbangan terhadap sebilangan pengarang yang terlalu taksub meluahkan idea sehingga menenggelamkan seni naratif yang sepatutnya diberi penekanan.
“Perkara seperti ini biasa berlaku dalam penulisan cerpen. Idea tidak ‘dicairkan’ dalam bentuk seni naratif dengan baik sedangkan pengarang sewajarnya menyerap masuk sebagai makhluk yang bercerita sehingga pembaca berimaginasi dengan setiap perkara yang digambarkan pengarang,” katanya.
Ada baiknya teguran Zainal Rashid difikirkan kelompok yang dimaksudkan kerana hakikatnya negara memerlukan pengarang setara SN Datuk (Dr) A Samad Said, Datuk Dr Anwar Ridhwan, Allahyarham (Dr) Usman Awang dan Allahyarham Keris Mas agar sastera negara terus terpandang.

KEMELUT BUKU KANAK-KANAK (BERITA HARIAN)
KANCIL Menipu Buaya, Kisah Kura-kura dan Arnab serta Kisah Anjing dengan Bayang-bayang adalah antara buku sastera kanak-kanak yang suatu ketika dulu digemari dan meniti di bibir anak kecil terutama pada era 70 hingga 90-an.Bagaimanapun, kecanggihan teknologi dan arus pemodenan semasa mempengaruhi corak bacaan kanak-kanak yang bukan saja lumpuh minat membacanya, malahan mengubah cita rasa dan gaya pembacaan mereka.Begitulah dilema yang terpaksa dihadapi syarikat pengeluar dan penerbit buku kanak-kanak yang menyifatkan genre buku bercorak lama dengan kisah dongeng, cerita rakyat dan sarat nilai pengajaran serta budaya Melayu tidak lagi mendapat tempat di hati pembeli dan pembaca.
Ekoran minat pembaca yang menurun untuk genre sedemikian, syarikat penerbitan berdepan dengan masalah jualan buku yang begitu perlahan sehingga mengundang kerugian berlipat ganda pada mereka.
Permasalahan ini dibangkitkan tiga panel pada Forum Kanak-kanak dan Buku anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang berlangsung di Dewan Seminar DBP, Menara DBP, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dekan Kolej Pembelajaran Terbuka, University of Management and Technology (UMTECH), Dr Bustami Kamri berkata, dakwaan penerbit enggan bersungguh dalam penerbitan buku genre kanak-kanak adalah tidak benar.
“Bukan penerbit enggan menerbitkan buku dalam genre sedemikian, tetapi ia disebabkan golongan sasar bahan bacaan sedemikian tidak lagi menunjukkan minat untuk membeli, apatah lagi membacanya menyebabkan bahan sastera kanak-kanak hilang taring.
“Sekitar 1980-an, kita ada pengkarya dan pelukis animasi hebat seperti Allahyarham Salleh Daud, Yusof Gajah dan Ibrahim Mohd Said yang bijak menyelitkan unsur drama, animasi menarik serta penceritaan berkesan lagi sarat pengajaran,” katanya yang pernah aktif menghasilkan karya sastera kanak-kanak sekitar awal 80-an dan antara karyanya yang pernah diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah Buaya dan siri Tidurlah Intan.
Beliau yang memegang Ijazah Doktor Falsafah Dalam Pendidikan mencadangkan penghasilan buku kanak-kanak perlu mengikut klasifikasi umur yang sudah digariskan untuk sastera awal kanak-kanak iaitu bermula dari lahir sehingga empat tahun dan juga berumur empat tahun ke atas.
Editor Kanan PTS One Sdn Bhd, Rafiza Abdul Rahman, pula yakin bahawa produk terbitan PTS bukan sekadar tangkap muat, tetapi masih menekankan pemilihan karya bermutu dan ilustrasi menarik di samping menjaga tema serta menyelitkan unsur nilai murni bagi kanak-kanak.
“Isunya, kanak-kanak kini terdedah dengan pelbagai media lain termasuklah penggunaan internet yang meluas, lambakan program televisyen dan permainan video sehingga menyebabkan pembacaan buku terutama bercorak lama tidak lagi relevan pada mereka.
“Fenomena ini menjurus kepada jualan yang perlahan bagi penerbitan buku sastera awal kanak-kanak dan syarikat penerbitan seperti kami terpaksa menanggung kos kerugian yang berlipat ganda,” katanya yang juga aktif menulis buku kanak-kanak termasuk Diari Si Ratu Air Mata, Sekolah Agama? dan siri Kisah Si Puteri dengan menggunakan nama pena Natasha Effyzal.
Rafiza mendedahkan, majikannya pernah cuba membawa buku kanak-kanak dalam genre lama untuk jualan di pesta buku, malangnya sambutannya terlalu dingin memaksa PTS One menyelitkan unsur moden yang lebih diterima golongan berkenaan.
Ketua Satu Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN), Mahaya Mohd Yassin, pula mengingatkan penulis dan penerbit tempatan agar tidak mengorbankan prinsip dalam memartabatkan sastera kanak-kanak demi mengejar keuntungan semata-mata.
“Sebagai penulis, cabaran yang dihadapi sememangnya besar terutama bagi memenuhi kehendak penerbit dan pasaran semasa sehingga saya pernah terfikir untuk menerbitkan buku karya sendiri kerana tidak suka tulisan saya disunting editor mengikut kemahuan mereka,” katanya berpengalaman 30 tahun dalam bidang penulisan dan aktif menghasilkan cerita mahupun puisi kanak-kanak serta pernah memenangi Hadiah Buku Terbaik Sekolah Rendah sempena Tahun Antarabangsa Kanak-kanak pada tahun 1979 menerus karyanya Kucing dengan Tupai.
Mahaya berpegang pada pendirian bahawa karya sastera awal kanak-kanak perlu sarat dengan nilai murni, menggunakan bahasa Melayu dengan betul, tepat dan menggambarkan nilai santun masyarakat Melayu selain menonjolkan semangat jati diri yang teguh dalam penceritaan.
Tidak ketinggalan, Pengerusi forum yang juga Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Shamsuddin Othman, turut mengemukakan pandangan bagi mengelakkan karya sastera awal kanak-kanak daripada terus berkubur.
“Penulis, penerbit buku, ibu bapa, guru dan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan karya bermutu dan sarat ilmu serta nilai kesusasteraan Melayu kembali menjadi rujukan utama kanak-kanak di Malaysia,” katanya.
Forum yang menjadi sebahagian daripada pengisian program Kawanku Buku anjuran DBP dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia bersempena Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2011 dan Hari kanak-Kanak Sedunia dihadiri lebih 60 peserta.