_Secara etimologis, kata puisi dalam bahasa Yunani berasal dari poesis yang ertinya penciptaan. Dalam bahasa Inggeris, padanan kata puisi ini adalah poetry yang erat dengan –poet dan -poem. Mengenai kata poet, Coulter (dalam Tarigan, 1986:4) menjelaskan bahawa kata poet berasal dari Yunani yang bererti membuat atau mencipta. Dalam bahasa Yunani sendiri, kata poet bererti
orang yang mencipta melalui imaginasinya, orang yang hampir-hampir
menyerupai dewa atau yang amat suka kepada dewa-dewa. Dia adalah orang
yang berpenglihatan tajam, orang suci, yang sekaligus merupakan
negarawan, guru, orang yang dapat meneka kebenaran yang tersembunyi.
Shahnon Ahmad (dalam Pradopo, 1993:6) mengumpulkan definisi puisi yang pada umumnya dikemukakan oleh para penyair Inggeris seperti berikut.
(1) Samuel Taylor Coleridge mengemukakan puisi itu adalah kata-kata yang terindah dalam susunan terindah. Penyair memilih kata-kata yang setepatnya dan disusun secara sebaik-baiknya, misalnya seimbang, simetris, antara satu unsur dengan unsur lain sangat erat berhubungannya, dan sebagainya.
(2) Carlyle mengatakan bahawa puisi merupakan pemikiran yang bersifat musikal. Penyair menciptakan puisi itu memikirkan bunyi-bunyi yang merdu seperti musik dalam puisinya, kata-kata disusun begitu rupa hingga yang menonjol adalah rangkaian bunyinya yang merdu seperti musik, iaitu dengan menggunakan bunyi.
(3) Wordsworth mempunyai gagasan bahawa puisi adalah pernyataan perasaan yang imaginatif, iaitu perasaan yang direkakan atau diangankan. Adapun Auden mengemukakan bahawa puisi itu lebih merupakan pernyataan perasaan yang bercampur-baur.
(4) Dunton berpendapat bahawa sebenarnya puisi itu merupakan pemikiran manusia secara konkrit dan artistik dalam bahasa emosional serta berirama. Misalnya, dengan kiasan, dengan citra-citra, dan disusun secara artistik (misalnya selaras, simetris, pemilihan kata-katanya tepat, dan sebagainya), dan bahasanya penuh perasaan, serta berirama seperti musik (pergantian bunyi kata-katanya berturu-turut secara teratur).
(5) Shelley mengemukakan bahawa puisi adalah rekaman detik-detik yang paling indah dalam hidup. Misalnya saja peristiwa-peristiwa yang sangat mengesankan dan menimbulkan keharuan yang kuat seperti kebahagiaan, kegembiraan yang memuncak, percintaan, bahkan kesedihan karena kematian orang yang sangat dicintai. Semuanya merupakan detik-detik yang paling indah untuk direkam.
Dari definisi-definisi di atas memang terdapat perbezaan pemikiran. Shahnon Ahmad (dalam Pradopo, 1993:7) menyimpulkan bahawa pengertian puisi di atas terdapat garis-garis besar tentang puisi itu sebenarnya. Unsur-unsur itu berupa emosi, imaginasi, pemikiran, idea, nada, irama, kesan pancaindera, susunan kata, kata kiasan, kepadatan, dan perasaan yang bercampur-baur.

PUISI BUAT IBU...
Ibu…
Bila menatap wajah redupmu
Bagai melihat seribu garis luka
Yang kau hadapi
Bagi membesarkan kami
Kerana kau seorang ibu tunggal yang gigih bekerja
Ibu…
Lihatlah embun di pagi hari
Menyirami pokok dan bunga
Kau korbankan segalanya untuk kami
Tanpa meminta balasan apa-apa
Ibu…
Kau permata hati kami
Sungguh mulia jasa-jasamu
Sungguh besar pengorbananmu
Untuk kebahagiaan kami di sini
Ibu…
Daku menjunjung tinggi tulus budi hatimu
Nantikan kejayaanku
Khas kuhadiahkan buatmu ibu