Dalam masyarakat Melayu, pantun telah lama diterima umum sebagai puisi Melayu asli dan terawal berbanding dengan puisi-puisi lain. Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.
Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.
Bentuk yang berangkap-rangkap merupakan ciri sesebuah pantun. Dalam hal ini Za'ba mengatakan bahawa fungsi pantun dalam masyarakat Melayu telah meluas sebelum mereka tahu menulis.
Berkaitan dengan bentuk pantun pula, umumnya pantun terdiri daripada karangan berangkap yang terdiri daripada 4 baris serangkap. Setiap baris mengandungi 8 hingga 12 suku kata. Jumlah suku kata yang membentuk baris-baris dianggap seimbang. Dari aspek bunyi rima akhir pula, bunyi rima akhir baris pertama sama dengan bunyi rima baris akhir ketiga. Dalam hal ini 2 baris yang pertama dinamakan pembayang manakala dua baris terakhir merupakan maksud. Pantun terdiri daripada pantun agama, pantun budi, pantun jenaka, pantun perpisahan, pantun nasihat dan sebagainya.
Contoh pantun agama: Bila todak melanda Singapura
Habis dikerat dicincang lumat
Bila khianat pada manusia
Dunia akhirat takkan selamat
Contoh pantun budi: Payah kami menabur padi
Nenas juga ditanam orang
Payah kami menabur budi
Emas juga dipandang orang
Contoh pantun jenaka: Sudah diambil mari diurut
Diurut dibawah pokok sena
Melihat kambing mencabut janggut
Gajah pula mengorek telinga
Contoh pantun percintaan:Jahit setangan pinggirnya dikelim
Baik dikelim kembang kelapa
Rindu dendam kemana nak dikirim
Nak dikirim kepada siapa
Contoh pantun nasihat: Orang buta pergi ke kebun
Makan longan dibekal cucur
Janganlah kita bermain mercun
Kelak badan pasti hancur