Cerpen atau dikenali sebagai cerita pendek adalah suatu bentuk prosa naratif. Cerpen cenderung padat dan langsung pada tujuannya dibandingkan karya-karya fiksi yang lebih panjang, seperti novel. Karena singkatnya, cerita-cerita pendek yang berjaya mengendalikan teknik-teknik sastera seperti tokoh, plot, tema dan bahasa secara lebih luas dibandingkan dengan fiksi yang lebih panjang. Ceritanya juga dalam berbagai jenis.
Hashim Awang Glosori Mini Kesusasteraan, Fajar Bakti , 1987) menyebut bentuk cereka yang pendek yang membawa satu persoalan bagi menghasilkan satu kesan tertentu yang indah. Ia memusatkan diri pada satu watak dalam suatu situasi di suatu tempat dan ketika.Hendry Guntur Tarigan (Prinsip-prinsip Dasar Sastera, 1984: Penerbit Angkasa Bandung) mengutip kata B. Mathew menyebut bukan cerita pendek jika tidak ada sesuatu yang diceritakan. Hendri Guntur sendiri mengulas cerpen seperti berikut " cerita pendek harus mengandungi interpretasi pengarang tentang komsepsinya mengenai kehidupan, baik secara langsung atau pun tidak langsung, harus menimbulkan satu efek dalam fikiran pembaca, cerita pendek juga mengandungi detail-detail dan insiden-insiden yang dipilih dengan sengaja, dan yang bisa menimbulkan pertanyaan-pertanyaan di dalam fikiran pembaca.
Bahasa Dalam Cerpen
Berhubung bahasa dalam cerpen ini, Dr. Lim Swee Tim berpendapat:
Pada umumnya, cerpen bertolak daripada satu idea pokok. Bagi menyampaikan idea ini, kita mencari dan memilih watak yang sesuai dengan perwatakannya yang khusus bagi membantu kita menampilkan gagasan yang ingin kita ketengahkan itu.
Kita susun peristiwa daripada satu peringkat ke satu peringkat dengan cermat. Orang memanggilmya plot. Kita pilih pula sudut pandangan yang sebaik mungkin, kemudian memberi latar yang sesuai serta menarik kepada cerita kita.
Penyampaian dari mula hingga ke akhir kita gunakan bahasa. Tanpa bahasa kita tidak mungkin dapat menyampaikan apa-apa. Malah kalau bahasa tidak kuat, kita barangkali tidak mampu untuk menyajikan sesuatu yang berkesan dan indah. Kelemahan penguasaan bahasa akan melemahkan penggarapan tema. Cepen menjadi tawar dan hambar. Banyak aspek kejiwaan dan psikologi watak, kita tidak mampu menghuraikannya dengan mendalam.
Gambaran alam dan suasana pula menjadi tidak berkesan dan tidak mampu menimbulkan kesan keindahan. Penulis perlu menguasai dengan baik apa yang disebut metafora, simili, hiperbola, inversi, alusi, analogi , personifikasi imejan, perlambangan dan lain-lain unsur puitis.
Bagaimana mendalami bahasa?
Cara paling mudah ialah melalui pembacaan. Penulis muda perlu banyak membaca karya-karya besar tokoh sastrawan . Sudahkah membaca novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad atau novel Sungai Mengalir Lesukarya A. Samad Said atau novel Seorang Tua di Kaki Gunuug karya Azizi Hj. Abdullah atau Saudagar besar dari Kuala Lumpur karya Kris Mas atau novel Desa Pingitan karya Baharudin Sidi atau Hari-hari Terakhir Seorang Seniman karya Dato' Dr. Anwar Ridhwan dan lain-lain.
Selain membaca karya-karya kreatif, jangan abaikan membaca selalu buku tatabahasa. Lihat dan semak selalu bukuTatabahasa Dewan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain itu, selalulah berdamping dengan Kamus Dewan untuk memantapkan penggunaan sesuatu kosa kata.
Untuk gaya bahasa cerpen, cuba-cuba dapatkan buku Kris Mas yang berjudul Perbincangan Gaya Bahasa Sastera (DBP 1988). Menurut Kris Mas, gaya bahasa bermaksud cara atau ragam bahasa itu dipakai, khususnya dalam tulisan atau karangan (hal 13). Gaya bahasa juga dirujuk kepada gaya seseorang penulis menggunakan bahasa(hal.14). Bagi Kris Mas, bahasa itu ialah perahu yang didayung oleh setiap sastrawan dan ditumpang oleh pembaca dalam pelayaran yang ingin mencari kebenaran (hal.16).

CONTOH CERPEN...
DI SAAT MENGENANGMU...
Syahdu hati ini mendengar kalimat suci di malam raya. Malam yang sekian lama dinantikan oleh segenap umat Islam di seluruh pelosok dunia, sama seperti diriku yang ingin meraikan hari kemenangan kerana berjaya berpuasa penuh di bulan ramadhan. Ku mensyukuri nikmat Ilahi walaupun syawal kali ini tidak dapat disambut bersama oleh insan yang amat kucintai dan amat kusayangi. Tiada lagi mendengar suara riuh-rendah kami sekeluarga bersama-sama membakar lemang. Biasanya setiap tahun kami sekeluarga akan bersama-sama membakar lemang dan membuat ketupat. Adikku yang lelaki pula suka bermain mercun di malam raya. Bermacam-macam mercun akan dibelinya. Tetapi berbeza dengan malam ini, adikku tidak pula bermain mercun pada malam raya tetapi hanya sekadar menonton rancangan di televisyen sahaja.
Masih kuingat hatiku berdegup kencang, jantungku bagai berdebar-debar sewaktu aku menerima panggilan telefon dari kakakku yang menelefonku pada awal pagi 29 Julai 2010. Tarikh ini akan menjadi tarikh keramat dalam hiduku. Aku mendengar suaranya menangis teresak-esak seakan-akan ingin memberitahuku sesuatu berita buruk telah berlaku. Hatiku berbisik jauhilah berita buruk itu tentang abahku. Walaupun, ketika itu aku tahu yang abahku baru sahaja lepas melakukan pembedahan di dada iaitu doktor telah menebuk dada abahku untuk membuang air di dalam paru-paru dan masih dirawat di Hospital Besar Kubang Kerian kerana keadaannya masih tidak stabil dan di tempatkan di wad ICU. “Ila, Ila, abah…abah, abah…” Suara kakakku lirih. “Kenapa dengan abah apa yang berlaku?” “Abah dah sakit tenat, dari semalam belum sedarkan diri…” Saat itu kurasakan jantung bagai direntap sesuatu yang amat menyakitkan. “Cepat balik kampung sekarang…” Tidakkk tak mungkin aku akan menjadi anak yatim dengan secepat ini. Ya Allah tabahkan hatiku untuk menerima segala dugaan-Mu,
Ibuku merupakan orang yang paling sedih selepas kehilangannya. Bayangkan ibuku menjaga abahku selama 3 bulan di hospital. Di hospital, ibu berada dalam keadaan tenang walaupun dia dapat menjangkakan sesuatu perkara buruk akan berlaku, ibu sentiasa duduk di bangku iaitu di sisi katil abah, menanti dan mengharap dengan penuh doa agar keadaan abah akan baik seperti biasa. Ibu juga membantu membersihkan badan abah, menyuapkan makanan, minuman dan ubat-ubatan tanpa perasaan jemu.
Semua kesakitan yang dilalui oleh abahku dapat dirasainya. Pernah juga aku menyuarakan hasrat hati untuk menjaga abahku di hospital tetapi abahku tidak mahu menyusahkan anaknya terutamanya aku dan juga tidak mahu berenggang dengan ibuku. Wanita mana yang tidak sedih, tempat yang dia bergantung, peneman di kala sunyi dan berkongsi segala suka duka telah pergi buat selama-lamanya dan tidak akan kembali lagi. Pemergiannya telah mengubah seluruh nasib hidup kami sekeluarga. Begitulah nasib hidupku yang dulu bahagia bagai dibuai mimpi yang indah bila bersama-sama keluarga tersayang. Kini, saat bahagia yang kualami itu seakan-akan lupus dalam catatan hidupku apabila mimpi ngeri ini telah melanda hidupku. Ibu pula menjadi seorang ibu tunggal yang mempunyai tanggungan yang ramai.
Abahku merupakan seorang yang rajin bekerja, biasalah mempunyai tanggungan yang ramai. Abahku juga seorang yang rajin berkebun iaitu menanam pokok tebu, betik, lada, serai, dan sebagainya. Setiap petang dia akan ke kebun untuk mencangkul rumput dan menebas. Dia seorang yang tidak boleh duduk diam kerana dia bukan seorang yang suka buang masa. Masih segar dalam igatanku ketika dia mula-mula sakit, tidak dapat pergi kerja seperti biasa dan tidak dapat ke kebun. Dia akan mengambil cuti sakit atau cuti tahun tapi bila sakitnya pulih sedikit dia akan pergi ke kerja walaupun dilarang oleh ibuku. Ketika itu, aku sedang belajar di UPM, biasanya abah akan menelefonku tiap-tiap hari untuk bertanya khabar kerana aku merupakan anak kesayangannya (hehehe). Tapi lama-kelamaan dia jarang menelefonku, rupa-rupanya ketika itu sakitnya semakin kuat menular sehingga dia tidak dapat melakukan apa-apa selain terbaring di atas katil. Ibu sengaja tidak memberitahuku hal ini supaya aku dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada pelajaran. Aku pulang ke kampung setelah mengetahui peristiwa itu, setibanya di rumah aku sangat sedih melihat keadaan abahku. Dia sudah tidak banyak cakap, badannya menjadi kurus kering, dan dia juga kerap bermimpi yang bukan-bukan iaitu berada di tempat orang yang tidak memakai sehelai pakaian pun mungkin tempat itu padang masyar. Dia juga bermimpi didatangi dua orang manusia yang membawa makanan dan mengajaknya pergi dari situ. Rupanya mimpi-mimpi ini merupakan satu petanda yang tidak lama lagi dia akan dijemput oleh maha pencipta.
Sewaktu aku kecil lagi memang aku terlalu rapat dengannya. Ke mana saja dia pergi aku akan selalu mengekornya, tak kiralah pergi kedai kopi ke, kedai gunting rambut ke, kedai basuh kereta ke biasalah anak manja (hehehe). Semasa zaman pra-sekolah (tadika), aku akan menangis kalau ditinggalkan sendirian di dalam kelas. Walaupun ditemani ibuku, aku tetap menangis sambil mencari bayangan abahku. Memang aku tidak dapat berenggang langsung dengan abahku. Lepas peperiksaan SPM, aku telah mengambil lesen memandu, abahku sering menemaniku ke litar untuk melihatku belajar memandu kereta. Apabila test bersama JPJ pula, dia akan selalu berada di sisiku untuk memberikan sokongan dan motivasi. Akhirnya dengan sekali test sahajaaku telah berjaya melepasi halangan itu. Betapa gembiranya aku kerana tidak perlu menyusahkan abahku untuk menemaniku lagi walaupun ketika itu aku terasa sangat bahagia kerana seorang abah sanggup meluangkan masa untuk menemani anaknya. Ohh sungguh indahnya saat itu. Biarpun ada beberapa ekor mata yang melihatku dengan pandangan yang tidak puas hati.
Lepas peperiksaan STPM pula, aku telah mendapat keputusan peperiksaan yang agak cemerlang dan telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia. Aku sangat bangga kerana dalam keluarga aku merupakan anak yang pertama yang akan menjejaki kaki ke universiti. Hal ini telah membanggakan kedua orang tuaku. Betapa bersyukurnya hatiku kerana dapat memberikannya kegembiraan walaupun kegembiraan ini hanya untuk sementara. Keluargaku bukanlah keluarga yang berada apatah lagi berharta. Oleh sebab itu, abahku terpaksa meminjam duit dengan kawannya untuk membayar yuran pengajianku. Aku sangat sedih kerana abah terpaksa meminjam duit dengan kawannya untukku. Ya Allah betapa besarnya jasa abah kepada diriku. Mulai dari saat itu, aku berjanji pada diri sendiri untuk belajar bersungguh-sungguh demi membalas jasa kedua orang tuaku dan tidak mahu mengecewakan mereka. Walaupun terpaksa berpisah dengan keluarga tersayang namun, aku kuatkan diri untuk pergi menuntut ilmu demi mencapai kejayaan iaitu menggenggam segulung ijazah. Masih aku ingat ketika abahku sering berpesan. “Jaga diri baik-baik, ingat ma dan abah umah, belajar rajin-rajin, jangan buat benda yang bukan-bukan.”
Kata-katamu itu akan ku semat di dalam dada buat selama-lamanya. Akan ku ingat redup wajahmu setiap kali menghantarku ke stesyen bas, ohhh sungguh sayunya hatiku mengenang saat itu. Selepas ini, aku tidak lagi dihantar oleh mu, aku tidak dapat lagi melihat redup wajahmu yang mungkin terselit dengan seribu luka dan duka dalam membesarkan kami semua.
Pada tanggal 5 Jun 2010, aku telah melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihanku iaitu pemuda sekampung denganku. Walaupun pada mulanya abah tidak memberi aku bertunang kerana pengajian ku masih belum selesai tapi selepas dipujuk abah akhirnya akur dengan permintaanku. Semasa hari pertunanganku kesihatan abah sudah tidak berapa sihat. Namun, alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Aku cukup terharu apabila abah masuk ke dalam bilik untuk melihat aku disolek oleh Mak Andam. Abah juga memberitahu Mak Andam agar aku disolek secantik mungkin sebab aku merupakan anak emasnya. Waktu itu, aku rasakan air mata ini hendak saja gugur ke bumi tapi maklumlah dalam bilik tu terdapat ramai saudara-mara. Ketika rombongan dari pihak lelaki sampai hatiku sangat berdebar-debar, jantung ini rasa berdegup dengan kencang kerana sekejap lagi aku akan bergelar tunang orang. Haaa dah tukar status la bisik hatiku.
Aku juga seakan-akan terdengar berbalas pantun antara pihak lelaki dan pihak perempuan. Biasalah kita ni orang Melayu yang memang kaya dengan adat-istiadat. Seperti juga hari merisik atau meminang yang mesti wajib ada perbalasan pantun antara dua pihak. Pihak perempuan ini telah diwakilkan kepada bapa saudaraku kerana keadaan abah yang tidak berapa sihat menyebabkan dia tidak dapat berbalas pantun dengan bakal besannya. Berbalas pantun berbunyi seperti:
Pucuk pauh ditepi permatang
buah berangan rasanya lazat
daripada jauh kami datang
datang dengan seribu hajat
buah beragan rasanya lazat
mari dibawa dari Rokan
kalau ada maksud dan hajat
nyawa dan badan kami serahkan
mari dibawa dari Rokan
berserta pula dengan halwa
jika nyawa badan serahkan
tidak terpisahkah jiwa dan raga
berserta pula dengan halwa
dengan ulam pucuk pegaga
jika tak berpisah jiwa dan raga
bagaimana kita nak masuk surga
Lebih kurang begitulah berbalas pantun antara dua pihak. Selepas dekat sejam kedua-dua pihak berbincang aku dipanggil keluar untuk disarung cincin oleh bakal mertuaku. Aku sangat terkejut kerana melihat ruang tamu rumahku dipenuhi oleh keluarga pihak lelaki. Aku merasa mukaku tebal sepuluh inci dan terasa sangat malu. Aku dapat merasakan muka aku ini merah padam menahan malu yang amat sangat. Akhirnya jari manisku ini disarungkan cincin permata oleh bakal ibu mertuaku (hehehe). Bila cincin sudah lekat di jari itulah tanda dua keluarga sudah sepakat.
Hati siapa yang tidak gembira diri ini sudah menjadi tunang kepada orang tercinta. Walaupun dia tidak lah setampan Farid Kamil atau Salman Khan, tetapi dirinya amat bermakna dalam hidupku. Tak ku sangka cinta monyet yang terjalin di sekolah Menengah dulu boleh menjadi sebuah perhubungan yang sangat serius dan akhirnya sampai ke tahap mengikat tali pertunangan. Aku telah mengenalinya semasa berada di tingkatan dua lagi walaupun kami ini tidak satu sekolah. Tetapi kawanku yang satu sekolah dengannya telah memperkenalkan aku kepadanya. Pada mulanya aku tidak berapa suka kepadanya kerana dia tidak memiliki raut wajah yang aku selalu impikan dan ketika itu dia masih lagi tidak pandai bergaya.
Berbeza dengan sekarang, perasaan yang tidak suka itu telah bertukar kepada rasa rindu dan cinta. Mungkin sekarang penampilannya sudah lain dan telah bekerja membuatkan hatiku tertarik kepadanya. Dia merupakan seorang yang sangat pendiam dan pemalu. Aku juga tidak tahu mengapa dia boleh suka kepadaku. Sedangkan aku ni seorang yang suka bercakap dan berleter. Jauh sekali perbezaan antara kami. Walaupun umurnya tua setahun sahaja daripada aku tapi dia lebih bersifat matang berbanding lelaki lain yang sebaya dengannya iaitu 23 tahun. Sifat matangnya itu juga menyebabkan aku lebih tertarik kepadanya.
Pada sebelah malamnya, aku mendapat message darinya. Message itu berbunyi:
“Semoga dirimu menerima diriku seadanya…”
Lalu aku membalas message tersebut yang berbunyi:
“Semoga abang tak menyesal menerima diri ini, sesungguhnya diri ini mempunyai banyak kekurangan berbanding kelebihan…”
Dia membalas lagi message dariku yang berbunyi:
“Insyaallah hubungan ini akan sampai ke jinjang pelamin suatu hari nanti. Amin..
Kami berbalas message sehingga tertido, sungguhpun hatiku sedang berbahagia namun aku tetap memikirkan kesihatan abahku. Walaupun di hadapan kami adik-beradik abah bersifat selamba seperti biasa tetapi aku dapat merasakan perubahan dirinya. Abahku selalu meminta aku menyapu ubat di dadanya kerana dia sering sakit dada, dia juga pernah memberitahuku bahawa dia tidak pernah mengalami sesakit ini seumur hidupnya. Hal ini menyebabkan aku makin risau kepada kesihatannya. Selepas beberapa hari majlis pertunanganku itulah abah telah dimasukkan ke hospital besar. Walaupun peristiwa pemergiannya telah beberapa bulan berlalu namun ingatanku akan sentiasa mengingatinya. Ketika itu juga DJ radio IKIM pula memutarkan lagu “Ayah” nyanyian Aiman iaitu lagu kegemaranku.
ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku
terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan
walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian
ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan
terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan
tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....
Aku memang menghafal semua lirik lagu ini, kerana aku rasa lagu ini sangat bermakna untuk aku mengenang jasa-jasa abahku yang telah mendidikku dari kecil hingga dewasa. Lagu ini memang serasi dengan jiwa aku. Tiap kali aku mendengar lagu ini begitu murah air mata ku untuk mengalir. Memang terlalu banyak dosa aku terhadap abahku. Abah maafkan dosa anakmu ini. Sesungguhnya kau adalah sumber inspirasiku.
Selepas sebulan pemergiannya, aku bagai hilang arah tuju. Aku bagai tiada tempat bergantung, walaupun aku tahu ibuku sentiasa menemaniku tiap waktu. Bayangkan ibuku terpaksa bekerja keras untuk menyara kami, adik-adikku masih lagi menuntut di sekolah rendah dan menengah. Ibu terpaksa menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan abahku iaitu terpaksa menjadi ketua keluarga. Segala urusan akan diselesaikannya. Aku pula di sini, asyik memikirkan tentang kesihatannya yang terpaksa bekerja keras. Setiap hari aku akan menelefon ibuku untuk bertanya khabar. Sungguh aku tidak berdaya melihat ibuku menderita. Sejak detik itu, pelajaranku juga terganggu aku tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya di dalam kelas, otakku ligat memikirkan ibuku. Kadang-kadang aku terfikir juga untuk berhenti belajar bagi meringankan beban ibuku. Tapi aku masih mengingati pesanan abahku yang mahu aku belajar bersungguh-sungguh demi masa depanku. Ibu juga sentiasa menasihati aku agar jangan terlalu memikirkan dirinya. Mula dari saat itu, aku mula belajar bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impian abahku agar aku lulus dengan cemerlang satu hari nanti. Aku juga berhajat untuk menyambung pelajaranku ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di peringkat sarjana.
Pagi syawal disambut secara sederhahana saja, maklumlah ini merupakan tahun pertama beraya tanpa abah di sisi. Sepanjang perjalanan ke tanah perkuburan hatiku menangis kerana teringatkan peristiwa semasa ingin mengebumikan abahku dulu aku tidak sempat menatap wajahnya malah juga tidak sempat menciumnya buat kali terakhir. Hari itu, abahku telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 12 tengah hari. Aku pula tiba di rumah pada lewat malam kerana telah menghadapi pelbagai masalah sepanjang perjalanan pulang. Setibanya aku di rumah jenazah abah sudah selamat dikebumikan. Saudara-mara, jiran tetangga yang hadir sudah mula susut. Ruang tamu yang dipenuhi saudara-mara tadi sudah mula kosong dan sudah lapang dengan tikar mengkuang yang luas terbentang. Suasana di rumahku hanya terdengar adik-beradik, saudara-mara terdekat membaca surah Yassin sebagai tanda sedekah kepada abahku. Aku meminta maaf kepada ibu kerana lewat tiba, dan terus memeluk ibu. Walaupun aku berasa sangat sedih ketika itu tetapi aku dapat merasakan yang ibu lagi sedih berbanding aku.
Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata walau sekejap pun, aku tidak dapat percaya yang aku telah kehilangannya, aku rasa duniaku ini terus menjadi gelap-gelita, aku bagai tidak menerima ketentuan Allah S.W.T, aku bagai ingin menyalahkan takdir. Ku melihat gambar-gambar kenangan ketika pergi berkelah sempena “Hari Keluarga TNB”. Aku menangis teresak-esak ketika melihat gambar tersebut. Dalam keadaan aku yang tidak stabil ini, tunangku tak putus-putus memberi kata-kata perangsang dan kata-kata semangat. Malam itu aku banyak menerima message darinya yang berbunyi:
“Segala yang ada di dunia ini merupakan milik Yang Maha Kuasa, boleh diambil oleh-Nya pada setiap saat..”
Walaupun aku tidak membalas message darinya, dia tetap menghantar message kepadaku untuk memujuk hatiku yang sedang berduka lara nyang berbunyi:
“Lebih baik kita mengikhlaskan pemergiannya, agar rohnya aman di sana. Setiap yang terjadi mungkin ada hikmahnya tanpa kita ketahui. Ini semua ujian dari Allah untuk melihat keimanan kita terhadap sesuatu musibah…”
Hatiku melaung dengan sekuat-kuatnya. Ya Allah kenapa perkara ini begitu cepat berlaku, sedangkan aku rasa baru semalam bergurau-senda dan bermanja-manja dengannya. Malah aku merasa diriku ini masih sangat kecil yang perlukan perlindungan dan perhatian darinya. Aku amat memerlukan dirimu untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan di dunia ini. Semasa menziarahinya kami sekeluarga telah membaca Yassin dan tahlil kepada abah. Dalam hati aku tak habis-habis bersedekah Al-Fatihah kepadanya.
Kini, hanya tinggal kenangan yang tetap akan segar dalam ingatanku buat selama-lamanya. Sesungguhnya inilah coretan benar sebagai dairi hidupku, tatkala ku coretkan kisah kehidupan ini, bersamanya jua air mata buat sekian kalinya menemani diriku, inilah aku perindu kesepian. Perginya tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya. Moga dirimu dicucuri rahmat dan dirahmati Allah. Aku anakmu akan sentiasa mendoakan agar kau ditempatkan di sisi orang beriman. Amin…